Jom Niaga

SAMPAI BILA KITA NAK MAKAN GAJI ATAU JADI KULI ORANG?


Seringkali kita mengeluh pendapatan yang ada sekarang tidak pernah cukup dan seringkali jugak kita merasa iri hati melihat bangsa lain hidup mewah dengan rezeki yang melimpah ruah. 

Pastinya kita sedar bahawa 9/10 daripada rezeki dunia itu adalah berniaga dan Rasulullah SAW juga seorang peniaga dan berniaga juga merupakan salah satu sunnah yang patut diamalkan oleh orang mukmin. Marilah kita sama-sama berjihar memartabatkan ekonomi kita dengan meninggikan syiar dan muamalah Islam agar bangsa kita tidak lagi terpinggir disebabkan tekanan ekonomi. 

Oleh itu, kami disini ingin bersama-sama anda untuk memberikan jalan / kaedah perniagaan yang mudah dan tanpa memerlukan modal besar serta membimbing anda untuk meningkatkan jualan dan pendapatan. Bukan mudah untuk berjaya, namun selagi kita tidak bangkit dan berusaha maka hanya disitulah tahap ekonomi kita.





Apakah maksud Man Jadda Wa Jada?


Man Jadda Wa Jada adalah berasal daripada pepatah Arab untuk membangkitkan motivasi diri, yang bermaksud :

"Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti berhasil."
Ada juga yang mengatakan bahawa Man Jadda Wa Jada adalah hadis, tetapi tiada sumber sahih tentang hal tersebut. Demikianlah kisahnya maksud Man Jadda Wa Jada.

Marilah kita bermula sedikit demi sedikit dan merangkak dari bawah. In Shaa Allah berkat hasil usaha anda, pasti anda akan menemui jalan dan kaedah yang sesuai untuk anda memasarkan secara besar-besaran sekaligus menjadi taukeh minyak wangi sendiri.

No comments:

Post a Comment